Pretty Me merupakan produk SH Enterprise, sebuah syarikat Bumiputera tempatan. Kami menyediakan pelbagai door gifts, cup cakes, selain menawarkan khidmat menggubah hantaran untuk majlis-majlis kahwin, kenduri serta party!! Hubungi kami di she.bbb@gmail.com untuk tempahan atau sebarang pertanyaan. Harga boleh dirunding.
Terima kasih kerana memilih Pretty Me!. Sebelum membuat tempahan, kami terlebih dahulu gemar bertanyakan peruntukan yang anda sediakan serta konsep gubahan yang anda inginkan. Oleh itu, kami menitikberatkan perbincangan dengan anda untuk mengetahui kehendak dan citarasa anda.
Syarat-syarat yang dipersetujui:
* Setiap tempahan mestilah dibuat paling lewat DUA bulan lebih awal bagi mendapatkan kepuasan terbaik hasil perbincangan. * Pemulangan barang seperti alas dulang, bekas hantaran dan dulang perlu dikembalikan tidak lebih TUJUH hari dari tarikh majlis selesai. * Bayaran deposit adalah 50% dari jumlah tempahan. * Baki bayaran perlu dijelaskan ketika tempahan diambil. * Kami hanya menerima tempahan dari pelanggan sekitar Lembah Kelang sahaja. *Anda digalakkan membuat tempahan secara online bagi memudahkan anda serta pihak pengurusan kami. Anda juga boleh membuat tempahan melalui e-mel atau berhubung terus dengan kami.